Follow by Email

Tuesday, 6 January 2015

Tips Mengurangkan Masalah Rambut Gugur dan Kelemumur Bagi Wanita Bertudung

Assalamualaikum,

Hai readers hari ini Leeza ingin berkongsi mengenai tips-tips untuk mengurangkan masalah rambut gugur dan masalah kulit kepala yang berkelemumur bagi wanita bertudung.  Untuk makluman, sebelum ini Leeza pernah mengalami masalah keguguran rambut yang teruk di samping masalah kulit kepala yang berkelemumur.  Leeza pasti wanita yang bertudung dan bekerja 8 jam sehari mengalami masalah seperti Leeza. 



Sebenarnya berbagai-bagai cara Leeza pernah cuba untuk mengatasi masalah yang dialami. Akhirnya usaha tanpa jemu tersebut membuahkan hasil. Berikut merupakan beberapa tips Leeza kongsikan untuk dipraktikkan bagi mengatasi masalah tersebut.



SEGERA MENDAPATKAN RAWATAN RAMBUT

(Google image)

Leeza pernah mendapatkan rawatan rambut di Nexhs Herbal. Leeza hanya mendapatkan 2 sesi rawatan sahaja dan dalam tempoh rawatan tersebut Leeza telah didedahkan dengan punca keguguran rambut sebenar. Sebelum ini Leeza tidak mengetahui jenis kulit kepala sama ada normal, kering atau berminyak. Dengan adanya bantuan pakar rambut, Leeza telah memilih syampu yang betul berpandukan jenis kulit kepala.



PENGGUNAAN SYAMPU YANG BETUL

(Google image)

Leeza sarankan sebelum memilih syampu, readers perlu membuat sedikit survey berkenaan produk tersebut. Pilih syampu yang kurang kandungan bahan kimia kerana bahan kimia yang terkandung di dalam syampu sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada badan manusia bagi jangka masa yang panjang. Selain itu, readers juga perlu mengenalpasti jenis kulit kepala sebelum memilih syampu yang sesuai. Di sini Leeza kongsikan jenis-jenis kulit kepala bagi memudahkan readers membuat pilihan jenis syampu yang sesuai :
  • Berminyak - Rambut berminyak kebiasaannya kelihatan melekat pada kepala dan apabila dipegang rambut seakan berminyak dan basah. Rambut berminyak boleh menyebabkan masalah kelemumur dan menghalang pertumbuhan rambut baru.
  • Normal - Jenis kulit kepala normal tidak berminyak dan bersisik, kelihatan segar dan kulit kepala berwarna cerah.
  • Kering - Rambut kelihatan mengerbang dan kulit kepala kering. Kulit kepala terasa bersisik, gatal dan rambut menjadi kusam. Kulit kepala yang kering menyebabkan ianya mengelupas dan mengeluarkan serpihan-serpihan kecil kelemumur.


Leeza memilih syampu ANTI-DANDRUFF dari Himalaya Herbals disebabkan rambut dan kulit kepala Leeza jenis KERING.

KEKERAPAN MENCUCI RAMBUT 

(Google image)

Kepada wanita bertudung Leeza sarankan mencuci rambut setiap 2 hari sekiranya kurang mengeluarkan peluh. Rutin harian Leeza sememangnya aktif kerana perlu menjalankan aktiviti lapangan di ladang dan hal ini menyebabkan Leeza perlu mencuci rambut hampir setiap hari. Leeza memilih syampu dari jenama Himalaya Herbals kerana syampu dengan kandungan herba ini boleh digunakan setiap hari. 


Leeza memilih untuk mencuci rambut pada waktu petang atau malam. Hujung rambut mungkin akan sedikit kering sekiranya bersyampu setiap hari jadi Leeza sarankan readers gunakan conditioner selepas bersyampu. Pastikan conditioner diletakkan pada hujung rambut dan bukannya pada kulit kepala dan biarkan rambut mengering dengan sendiri. Perkara yang perlu dielakkan selepas bersyampu :

- membungkus rambut dengan tuala-menyikat rambut dalam keadaan rambut basah- mengikat rambut yang basah- penggunaan pengering rambut- memakai tudung ketika rambut basah

MANJAKAN RAMBUT

(Google image)

Selain wajah, rambut juga memerlukan penjagaan seperti penggunaan masker rambut. Tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli produk masker, hanya DIY dari bahan-bahan asas yang mudah didapati di dapur anda. Cukup hanya mengamalkan setiap minggu. Selain itu, mengurut kepala ketika waktu lapang juga membantu mengurangkan sel-sel kulit mati, membawa nutrien ke akar rambut serta merangsang pertumbuhan rambut baru.



Rambut juga memerlukan rehat. Ketika di rumah, elakkan memakai tudung bagi membolehkan peluh pada kulit kepala kering. Rambut perlu dilepaskan untuk membolehkan ianya bernafas. Keluarkan sedikit duit untuk membeli perapi atau serum rambut bagi mendapatkan rambut yang lembap dan terurus.



MEMILIH FABRIK TUDUNG YANG BETUL


(Google image)

Pemilihan fabrik yang lembut dan tidak memerangkap haba adalah perlu kerana kain yang memerangkap haba membuatkan kulit kepala cepat berpeluh.


Selamat mencuba :)






5 comments:

  1. Salam..nk tnye mcm mane review treatment dkt Nexhs Herbal? Price wise?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt.
      Bg pendapat Leeza, treatment di Nexhs Herbal sgt bagus.. mmg nampak perubahan slps kali pertama membuat rawatan.. produk di Nexhs herbal juga ada dijual & harga berpatutan.. Seingat Leeza masa Leeza membuat rawatan di Nexhs Hrbal dgn harga promosi RM70.00 utk skali rawatan :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Assalam , Wah ... Memang menarik perkongsian puan ini . Memang betul , banyak cara nak atasi masalah rambut gugur ni kan ? Ada juga Tips Mengatasi Masalah Rambut Gugur Dengan Selamat Dan Berkesan ataupun bagi yang mengalami masalah rambut gugur , anda boleh whatsapp saya +60107096284 Aini untuk mengatasi masalah anda .Saya akan membantu anda memiliki rambut yang lebat dan sihat In Sha Allah :)

    ReplyDelete