Posts

Showing posts from January, 2015

Quote For Today

Image

Tips Mengurangkan Masalah Rambut Gugur dan Kelemumur Bagi Wanita Bertudung

Image
Assalamualaikum, Hai readers hari ini Lily ingin berkongsi mengenai tips-tips untuk mengurangkan masalah rambut gugur dan masalah kulit kepala yang berkelemumur bagi wanita bertudung.  Untuk makluman, sebelum ini Lily pernah mengalami masalah keguguran rambut yang teruk di samping masalah kulit kepala yang berkelemumur.  Lily pasti wanita yang bertudung dan bekerja 8 jam sehari mengalami masalah seperti Lily.  Sebenarnya berbagai-bagai cara Lily pernah cuba untuk mengatasi masalah yang dialami. Akhirnya usaha tanpa jemu tersebut membuahkan hasil. Berikut merupakan beberapa tips Lily kongsikan untuk dipraktikkan bagi mengatasi masalah tersebut. SEGERA MENDAPATKAN RAWATAN RAMBUT (Google image) Lily pernah mendapatkan rawatan rambut di Nexhs Herbal. Lily hanya mendapatkan 2 sesi rawatan sahaja dan dalam tempoh rawatan tersebut Lily telah didedahkan dengan punca keguguran rambut sebenar. Sebelum ini Lily tidak mengetahui jenis kulit kepala sama ada normal, kering

Review : Syampu Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Rambut Gugur

Image
Assalamualaikum.. Hari ini Lily ingin kongsikan dengan readers berkenaan syampu yang terbukti berkesan untuk menghilangkan masalah kelemumur yang Lily pernah alami hampir bertahun lamanya. Untuk makluman readers,  Lily telah menggunakan syampu anti - kelemumur dan juga perapi rambut dari jenama Himalaya Herbals ini hampir 5 tahun dan bagi Lily memang diakui ianya terbukti berkesan untuk kulit kepala Lily. Produk Himalaya Herbals sememangnya menggunakan bahan semulajadi dan kurang kandungan kimia berbanding syampu2 lain. Sebenarnya Himalaya Herbals mempunyai pelbagai jenis produk penjagaan rambut dan buat masa sekarang Lily hanya menggunakan 2 produk iaitu : ANTI-DANDRUFF SHAMPOO (Google image) Syampu Anti-Kelemumur Himalaya Herbals ini mengandungi 3 bahan semulajadi utama iaitu : Minyak Tea Tree - agen anti-kelemumur semulajadi Holy Basil's - tindakan mikrob yang berkesan dalam mencegah berulangnya pembentukan kelemumur pada kulit kepala Soapberry - me

Melebatkan Rambut Hanya Dengan Menggunakan Bawang

Image
Assalamualaikum.. (Google image) Hari ini Lily ingin kongsikan berkenaan salah satu cara untuk mendapatkan rambut yang lebat dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati di dapur anda. Tahukan anda bahawa bawang boleh dijadikan salah satu remedy untuk melebatkan rambut. Info ini telah Lily perolehi dari laman web Onion - Effective Home Remedy To Beat Hair Loss .  (Google image) Untuk makluman, bawang mempunyai kandungan SULFUR yang    tinggi dan ianya sangat bermanfaat untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Kandungan sulfur boleh mencegah kerosakan rambut dan mempercepatkan pertumbuhan semula rambut. Ini adalah kerana sulfur meningkatkan pengeluaran kolagen yang membantu rambut untuk tumbuh. Sebenarnya bawang telah lama digunakan oleh negara luar di dalam bidang kecantikan terutamanya untuk mendapatkan rambut yang lebat dan menawan. Terdapat pelbagai produk berasaskan bawang dan salah satunya adalah masker rambut. (Google image)