Follow by Email

Monday, 18 March 2013

Rambut Oh Rambut.. Dan Kebaikan Henna

Assalamualaikum..

(Google image)


Tengok rambut model kat atas ni cantik kan.. Jeles la tengok rambut orang cantik je.. Rambut sekarang pun asyik gugur je.. mungkin sebab dah tua kot.. hehe..
Dulu Leeza pernah buat treatment kat Nexhs Herbal cawangan Melaka.. Satu treatment dalam RM70 macam tu la.. treatmentnya menggunakan bahan2 semulajadi macam campuran serbuk inai (henna) dan telur.. Memang diakui sangat berkesan.. tambah berkesan bila beli sekali dengan produk dan buat treatment dekat rumah..

Tapi kan untuk maintain kan tiap2 bulan memang la boleh menyebabkan poket seluar rabak.. hehe.. sebab produknya pun boleh tahan mahal jugak.. Last2 pakai shampoo himalaya je.. shampoo himalaya memang sangat serasi dengan kulit kepala Leeza sebab boleh menghilangkan kelemumur, gatal kepala dan seterusnya mengurangkan keguguran rambut.. lagipun produk ni kurang bahan kimia berbanding produk-produk shampoo yang lain..

Dengan bershampoo sahaja pun sebenarnya tak cukup tau.. ingat muka je nak kena letak masker.. rambut pun sama tau.. sekarang ni setiap minggu Leeza masker kan rambut dengan henna @ inai..
Brand henna yang Leeza guna adalah brand Hasina yang merupakan buatan dari Negara India.. 
Memang 100% terdiri dari serbuk daun inai dan produk ini juga mempunyai logo halal..


(Google image)


Selidik punya selidik kat internet kan memang daun inai ni banyak manfaatnya.. sedikit info yang Leeza perolehi:


Kebaikan Inai Pada Rambut :



(Google image)


1. Mempunyai kuasa perlindungan dan pemulihan kepada rambut
2. Membantu mengembalikan kesihatan bagi rambut yang rosak dan menyeimbangkan kandungan asid-alkali semulajadi pada kulit kepala
3. Menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
4. Menambahkan kekuatan dan ketebalan rambut kerana ianya mempunyai keupayaan untuk menyaluti (coating) helaian rambut
5. Merupakan pembersih semulajadi rambut
6. Menjadikan rambut sihat, bersih dan berkilat


Setiap minggu Leeza amalkan menyapu masker inai pada rambut.. hanya perlu campurkan serbuk inai dan sebiji telur ayam sahaja.. telur ayam ni pun membantu dalam mendapatkan rambut yang lebat, lembut dan kuat.. cuma baunya yang hanyir tapi boleh dihilangkan dengan membasuh rambut dengan campuran air dengan limau nipis..


(Google image)



 (Google image)



Dah siap campurkan serbuk inai dengan telur ayam boleh lah disapu pada rambut.. Tunggu sehingga setengah jam barulah boleh basuh rambut.. Lepas basuh memang rambut akan rasa keras semacam je.. Sebetulnya kena sapu kan cream rambut pada hujung rambut sebelum memakai inai ni untuk mengelakkan rambut jadi keras..



Diakui memang henna mengurangkan masalah keguguran rambut dan rambut kelihatan lebih tebal.

Selamat mencuba:)


28 comments:

  1. wahh rajin jaga rambut.bagus2 hihi.

    ReplyDelete
  2. yela siti rambut makin gugur.. agaknya dah tua dah.. hehe

    ReplyDelete
  3. lepas ni leh la cik liza kite ni jadi duta produk penjagaan rambuut pulak..hehe

    ReplyDelete
  4. Bila cuci rambut, kaler tak luntur and lekat kat tuala ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde melekat kat tuala.. boleh cuba.. sgt berkesan utk rambut gugur

      Delete
  5. berapa lama kesan nyer tuh..... ni pon asik gugur....sampei stress di buatnyeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. better setiap mggu pakai masker inai ni pd rambut.. Leeza pakai sekali shampoo Himalaya anti dandruff.. Insyaallah rambut jarang gugur..

      Delete
    2. mne nk dapatkn srbuk inai?. brpe biji tlur kna guna ..=)

      Delete
  6. liza..trima kasih atas perkongsian, nak tanye krim rambut yg kene pakai sebelum letak inai tu krim rambut yg camne ? jenama apa yg elok ? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf leeza baru terperasan comment ni.. krim rambut ape2 pun boleh.. leeza guna krim dr buah zaitun.. lupa nama produknya..

      Delete
  7. thanks ye..hopely rmbut sy xda msalah gie lpas nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry.. hampir setahun baru terbaca comment..semoga sukses:)

      Delete
  8. Inai tu kaler ape? Kalau kaler coklet so ramvut pn akn btukar ke kaler coklet la ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry.. hampir setahun baru terbaca comment.. rambut x kan bertukar kaler.. sekiranya kerap memakai inai, hanya hujung rambut sahaja yg sedikit keperangan :)

      Delete
  9. Kak,
    Appreciate kalau boleh beri full detail product as looking for organic/natural
    hair dye without chemical.

    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dik.. inai ini mmg 100% dr daun inai yg dikeringkan :)

      Delete
  10. Rambut tak tukar colour ke kalau letak inai kat rambut? Takut jadi perang je ._.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x jd perang.. hanya hujung rambut shj yg sedikit keperangan.. hujung rmbut kan selalu kena trim, so xde mslh :)

      Delete
    2. x jd perang.. hanya hujung rambut shj yg sedikit keperangan.. hujung rmbut kan selalu kena trim, so xde mslh :)

      Delete
  11. kenapa sy selepas inai rmbut setiap kali mandi kaler msti luntur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara/saudari anonymous,

      Inai rambut ada banyak jenis.. mcm yg brand di atas tidak akan meninggalkan kesan perang kecuali dipakai banyak kali.. sekiranya saudara/saudari nak kalerkan rambut, sy cadangkan pilih inai yg mmg memberikan kaler pd rambut..

      Delete
  12. Sy baru inaikan rambut guna produk henna tp slps inaikan dia basuhdan syampookn...cuma bila berpeluh kulit kepala jd gatal sgt dh 3 hari pun stil gatal sgt2 gatal...guna syampo selsun blue pun stil gatal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. henna yg digunakan tu ada chemical tak sis? ataupun syampu yang digunakan ada kandungan chemical yang tinggi...

      Delete
  13. Dimana sy boleh dapatkn produk ni ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis boleh try cari di toko2 menjual jamu..

      Delete