Melebatkan Rambut Hanya Dengan Menggunakan Bawang


Assalamualaikum..

(Google image)


Hari ini Lily ingin kongsikan berkenaan salah satu cara untuk mendapatkan rambut yang lebat dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati di dapur anda. Tahukan anda bahawa bawang boleh dijadikan salah satu remedy untuk melebatkan rambut. Info ini telah Lily perolehi dari laman web Onion - Effective Home Remedy To Beat Hair Loss




(Google image)



Untuk makluman, bawang mempunyai kandungan SULFUR yang  tinggi dan ianya sangat bermanfaat untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Kandungan sulfur boleh mencegah kerosakan rambut dan mempercepatkan pertumbuhan semula rambut. Ini adalah kerana sulfur meningkatkan pengeluaran kolagen yang membantu rambut untuk tumbuh.


Sebenarnya bawang telah lama digunakan oleh negara luar di dalam bidang kecantikan terutamanya untuk mendapatkan rambut yang lebat dan menawan. Terdapat pelbagai produk berasaskan bawang dan salah satunya adalah masker rambut.



(Google image)



KEBAIKAN BAWANG :


(google image)

- Bawang membantu memberikan khasiat kepada folikel rambut.
- Bawang mentah yang diurut pada kulit kepala membantu meningkatkan peredaran darah dan kemudiannya mengukuhkan folikel rambut.
- Kandungan sulfur dalam bawang mengurangkan penipisan rambut dan kerosakan rambut.
- Bawang juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang berguna untuk menyingkirkan jangkitan kulit kepala dan parasit.
- Mengurangkan uban pramatang.



DIY MASKER RAMBUT :


(Google image)

- Hanya perlu kisar bawang dengan sedikit air untuk mendapatkan jus bawang
- Letakkan pes bawang di atas kepala dan pastikan jus bawang mengenai kulit kepala
- Biarkan selama 15 hingga 30 minit dan bilas menggunakan syampu rambut
- Lakukan selama 3 kali seminggu


 Jimat dan mudah kan! 

Selamat mencuba.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rambut Oh Rambut.. Dan Kebaikan Henna

Rambut Oh Rambut.. Yes! Masalah Rambut Gugur Berjaya Diatasi! (Ini Bukan Iklan Yun Nam Hair Cair dan Seumpamanya)