Rambut Oh Rambut : Rambut Lebat Dalam Masa 30 Saat!


Assalamualaikum...

Untuk makluman readers Blog Lily's Life, baru-baru ini Lily telah menemui satu produk hebat dari jenama Toppik. Mesti readers tertanya-tanya macam mana Lily boleh terjumpa dengan produk hebat ini.. Sebenarnya ketika sedang menonton youtube, Lily ternampak satu iklan yang memaparkan cara penyelesaian kepada masalah rambut nipis yang disebabkan oleh keguguran rambut. Ketika menonton video youtube tersebut, rasa semacam tidak percaya saja yang produk ini mampu melebatkan rambut dalam masa 30 saat saja.

Kemudian Lily telah ke laman web produk Toppik tersebut iaitu di laman web Toppik Malaysia (sila klik untuk ke website) untuk mengetahui serba sedikit berkenaan produk. Sebarang pertanyaan berkenaan permasalahan rambut boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan Toppik Malaysia yang menjanjikan servis perkhidmatan yang bermutu sepantas dalam tempoh masa 1 hari.




Produk melebatkan rambut dari Toppik Malaysia merupakan salah satu produk berasaskan micro-fiber. Micro-fiber ini merupakan sejenis protein keratin organik semulajadi yang merupakan protein yang sama digunakan oleh tubuh badan untuk membina struktur rambut dan kuku. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika fiber ini kelihatan seperti rambut sebenar. Cara penggunaannya mudah saja, hanya perlu goncangkan botol seperti penggunaan bedak talkum di atas bahagian rambut yang nipis dan kemudiannya merapikan rambut! 





​Bagaimana fiber produk Toppik berfungsi pada bahagian rambut yang menipis




Struktur fiber produk Toppik seakan-akan bedak talkum



Nampak tak perbezaan dalam gambar sebelum dan selepas penggunaan produk Toppik ni. Rambut yang nipis kelihatan penuh hanya dalam masa 30 saat. Di dalam laman web Toppik Malaysia juga terdapat banyak testimoni dari pengguna berkenaan produk ini. 






Selain itu, produk Toppik ini juga diperbuat daripada sumber semulajadi iaitu terdiri daripada keratin dan vitamin. Yang paling menariknya ialah sumber protein keratin organik yang sememangnya halal. Produk melebatkan rambut ini terdapat dalam pelbagai warna dengan harga mampu milik iaitu RM75 untuk 12 gram.


Readers tidak perlu risau kerana produk Toppik ini tidak berbahaya dan ianya juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor pendaftaran :

NOT111203475k (Copyright 2011-2013)
NOT131001341k (Copyright 2013-2015)



Produk Toppik ini juga didatangkan dalam pek permulaan 4 in 1 dan readers yang berminat untuk mencuba produk ini boleh mendapatkannya melalui Toppik Malaysia. Rasanya ini saja yang dapat Lily share kan dengan readers blog Lily's Life dan Lily sarankan readers semua untuk melayari laman web www.toppikmalaysia.com untuk sebarang info lanjut.  

Comments

Popular posts from this blog

Rambut Oh Rambut.. Dan Kebaikan Henna

Rambut Oh Rambut.. Yes! Masalah Rambut Gugur Berjaya Diatasi! (Ini Bukan Iklan Yun Nam Hair Cair dan Seumpamanya)