Assalamualaikum, Hai readers hari ini Lily ingin berkongsi mengenai tips-tips untuk mengurangkan masalah rambut gugur dan masalah kulit kepala yang berkelemumur bagi wanita bertudung. Untuk makluman, sebelum ini Lily pernah mengalami masalah keguguran rambut yang teruk di samping masalah kulit kepala yang berkelemumur. Lily pasti wanita yang bertudung dan bekerja 8 jam sehari mengalami masalah seperti Lily. Sebenarnya berbagai-bagai cara Lily pernah cuba untuk mengatasi masalah yang dialami. Akhirnya usaha tanpa jemu tersebut membuahkan hasil. Berikut merupakan beberapa tips Lily kongsikan untuk dipraktikkan bagi mengatasi masalah tersebut. SEGERA MENDAPATKAN RAWATAN RAMBUT (Google image) Lily pernah mendapatkan rawatan rambut di Nexhs Herbal. Lily hanya mendapatkan 2 sesi rawatan sahaja dan dalam tempoh rawatan tersebut Lily telah didedahkan dengan punca keguguran rambut sebenar. Sebelum ini Lily tidak mengetahui jenis kulit kepala sama ada n...