Assalamualaikum.. (Google image) Tengok rambut model kat atas ni cantik kan.. Jeles la tengok rambut orang cantik je.. Rambut sekarang pun asyik gugur je.. mungkin sebab dah tua kot.. hehe.. Dulu Lily pernah buat treatment kat Nexhs Herbal cawangan Melaka.. Satu treatment dalam RM70 macam tu la.. treatmentnya menggunakan bahan2 semulajadi macam campuran serbuk inai (henna) dan telur.. Memang diakui sangat berkesan.. tambah berkesan bila beli sekali dengan produk dan buat treatment dekat rumah.. Tapi kan untuk maintain kan tiap2 bulan memang la boleh menyebabkan poket seluar rabak.. hehe.. sebab produknya pun boleh tahan mahal jugak.. Last2 pakai shampoo himalaya je.. shampoo himalaya memang sangat serasi dengan kulit kepala Lily sebab boleh menghilangkan kelemumur, gatal kepala dan seterusnya mengurangkan keguguran rambut.. lagipun produk ni kurang bahan kimia berbanding produk-produk shampoo yang lain.. Dengan bershampoo sahaja pun sebenarnya tak cukup ...