Rambut Oh Rambut.. Yes! Masalah Rambut Gugur Berjaya Diatasi! (Ini Bukan Iklan Yun Nam Hair Cair dan Seumpamanya)

Assalamualaikum.. hai bloggers & readers..

Sorry sebab Lily baru berkesempatan mengupdate blog.. idea untuk menulis tu banyak tapi disebabkan kekangan masa menyebabkan aktiviti mengarang tergendala.. 

Hari ni Lily nak cerita sket.. ala2 testimoni jugak la ye.. hehe.. Masih ingat tak entry Lily kat bawah ni.. Entry Rambut Oh Rambut.. Dan Kebaikan Henna
Boleh dikatakan setiap hari memang ada orang yang view berkenaan entry ni.. Kiranya entry ni adalah kesinambungan dari entry sebelumnya.. 




Untuk makluman kawan2, dulu memang Lily mempunyai masalah rambut gugur & kelemumur halus yang sangat banyak.. macam2 shampoo yang Lily pernah try tapi masalah rambut gugur tak hilang2 jugak..

Sebenarnya Lily adalah pengguna setia shampoo dari brand himalaya.. memang diakui shampoo dari brand ni memang berkesan untuk merawat masalah kelemumur halus.. bila pakai shampoo ni memang terasa kesannya.. yang paling ketara kesannya kulit kepala kurang terasa gatal dan kelemumur hilang.. shampoo ni memang dari based bahan2 organik & kurang menggunakan bahan kimia.. dan juga boleh digunakan setiap hari.. 

Oleh sebab bidang tugas Lily ni selalu kena buat kerja luar jadi kulit kepala cepat berpeluh.. Peluh ni la menyebabkan kulit kepala menjadi lembab then menyebabkan berlakunya penghasilan kelemumur.. Pemakaian tudung yang tidak betul pun boleh menyebabkan kelemumur wujud. Memakai tudung dalam keadaan rambut basah juga adalah punca terjadinya penghasilan kelemumur.. Jadi kena pastikan rambut tu sentiasa kering sebelum memakai tudung dan bila berada di rumah kena lepaskan rambut, jangan ikat ketat2 untuk bagi kulit kepala bernafas, kulit kepala pun nak oksigen jugak tau..

Macam kulit kepala Lily ni, 2 hari sekali Lily kena bershampoo sebab kalo lebih 2 hari tak bershampoo maka kelemumur halus mula terbentuk la jawabnya .. Ikot hari jugak la kalo jarang buat keje luar 3 hari sekali baru shampoo rambut.. Alhamdulillah sejak pakai shampoo himalaya ni memang rambut jarang gugur.. Setiap kali bershampoo tu ada la dalam 15 helai ke bawah rambut yang gugur.. 

Baru2 ni Lily terbaca pasal parasit yang duk hisap darah dalam kulit kepala kita yang menyebabkan rambut kita gugur,.. Parasit ni namanya Demodex!


(Google image)

(Google image)


Sebenarnya kan demodex ni adalah sejenis ulat resdung tau! ingat kan resdung ni ada dekat kulit muka je rupa2nya ulat ni pun duk menghuni dalam liang akar rambut kita dan ianya merupakan penyebab kepada masalah keguguran rambut.. Patot la kadang2 rambut Leeza ni xde kelemumur tapi gatalnya bukan main.. boleh rasa parasit ni duk bergerak dalam kulit kepala tau.. Parasit ni jugak la penyebab kepada masalah rambut yang semakin menipis! 



Petikan satu artikel :
Kehadiran parasit demodex juga menjadi punca kepada kerosakan kulit kepala yang teruk di samping menimbulkan rasa gatal yang tidak tertahan. Parasit ini memiliki mulut seperti jarum tajam yang mana ianya mampu menusuk masuk terus ke akar rambut bagi menyerap nutrisi. Demodex juga berkemampuan menghasilkan enzim lipid (minyak) sebagai sisa buangannya. Lemak terhasil dari sisa yang tinggal di atas kulit kepala akan berubah menjadi kotoran dan kehadiran bakteria akhirnya mengakibatkan sel rambut serta kulit kepala menjadi rosak dan bermasalah. Tanda-tanda awal kehadiran parasit itu adalah apabila terasa seakan-akan sesuatu yang merangkak di bahagian kulit kepala selain penipisan rambut yang luar biasa. Parasit tersebut juga menjangkiti kulit kepala yang tidak dijaga dengan rapi. Kulit kepala yang berminyak dan kelemumur merupakan tempat yang disukai oleh parasit tersebut kerana tempat yang kotor adalah merupakan kawasan pencarian makanan dan pembiakan mereka.

 Ok berbalik kepada testimoni Lily pulak.. bila dah tau faktor keguguran rambut ni even kulit kepala x de masalah kelemumur yang teruk maka Lily pun mengambil keputusan untuk mencuba 1 produk ubat resdung ni.. dekat sebulan dah Lily consume jadi hasil yang aku dapat memang sangat memuaskan.. tidak perlu ke Yu Nam Hair Cair atau 101 Hair Cair.. Yang bestnya lepas 2 hari bershampoo pun kulit kepala xde kelemumur @ jarang la ada kelemumur.. Kulit kepala pun dah x gatal.. time bershampoo pun kurang dari 10 helai rambut yang gugur... kadang-kadang 2-3 helai je.. akar rambut pun makin kuat.. kalo dulu banyak anak rambut yang gugur, sekarang yang gugur cuma ibu2 rambut2 je.. hehe.. Bilangan helaian rambut gugur yang normal bagi sehari adalah 100 helai tau.. So, normal la kalo rambut gugur 30 helai sehari sebab aktiviti bershampoo, sikat rambut dsb.. 



RAHSIA LILY UNTUK PERAWATAN RAMBUT GUGUR :





(Google image)



(Google image)





(Google image)


Shampoo dan Conditioner Himalaya Anti-Dandruff & TRUS Health Ubat Resdung-Ada pengesahan KKM: MAL05072123T

Inilah produk yang Lily gunakan untuk merawat rambut gugur.. Alhamdulillah masalah rambut gugur memang berjaya diatasi :) 







Di dalam entry ini juga Lily ingin  share dengan readers satu produk hebat dari Toppik!
(Sumber artikel ini adalah daripada Toppik Malaysia)




Inginkan Rambut Tebal Dan Bermaya Dalam 30 Saat? Toppik Ada Jawapannya!

Arrrggghh…. Setiap kali sikat rambut mesti ada saja rambut yang berguguran. Memang stress sampai malu nak bertemu rakan-rakan. Duit pun dah banyak habis mencuba pelbagai produk di pasaran. Semuanya tak serasi dan masih belum menampakkan kesan. Apa lagi harus anda buat?


Serat Rambut Toppik, Diformulakan Oleh Teknologi Keratin

Melalui penyelidikan para saintis kami, sebuah produk telah dihasilkan untuk menutup cela pada rambut anda. Menariknya, ia mampu berfungsihampir serta-merta, iaitu dalam masa 30 saat sahaja!
Anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan ianya mudah untuk diaplikasikan sendiri di rumah. Hanya perlu sembur pada bahagian rambut yang menipis pada kepala, dan tunggu saja keajaibannya berlaku. Anda tentu tergamam dengan hasilnya.





Apakah Serat Rambut Ini Sebenarnya?

Serat Rambut Toppik ini merupakan teknologi keratin yang bertindak menghasilkan gentian rambut apabila ia disemburkan pada rambut anda.

Gentian yang terhasil akan berpegang teguh pada rambut asal (seperti dalam rajah) dan menjadikan struktur helaian rambut asal anda lebih tebal dan kelihatan bermaya dengan serta-merta. Ianya tak ubah seperti rambut yang asli.


 Serat Rambut Toppik terhasil daripada bahan semulajadi menggunakan benang bulu biri-biri yang diproses rapi sehingga ianya sukar dibezakan daripada rambut asli! Ada 12 pilihan warna berbeza dan didatangkan dengan variasi ketebalan 33g, 12g, 27.5g, dan 55g.

Warna-warna ini juga boleh dicampur agar ia dapat dikombinasikan dengan rambut asal anda tanpa menampakkan sebarang kecacatan.




Wah, Macam Tak Percaya! Tapi, Adakah Ianya Akan Tertanggal?

Ia tidak akan tertanggal dalam masa 7 hari, kecuali apabila disyampu. Ini kerana gentian serat rambut ini telah diperkuat dengan caj-caj elektrostatik. Caj-caj inilah yang membantunya berpegang kukuh pada rambut asal. Namun, untuk tujuan kebersihan, anda tidak digalakkan untuk mengelak daripada mencuci rambut dalam jangkamasa yang begitu panjang.

Tiada masalah menggunakannya setiap masa, walaupun dalam keadaan yang lasak seperti berlari atau membuat kerja-kerja luar. Selain itu, ia juga tidak akan tertanggal atau melekat pada bantal apabila anda berbaring semasa tidur.




 Hasil Lebih Kekal Dengan Aplikasi Rangkaian Produk Toppik

Tentu anda terfikir, sama ada ianya sekadar ‘menutup’ cela atau turut menghentikan keguguran rambut. Sebenarnya, Serat Rambut Toppik ini tidak berfungsi merawat rambut gugur, tetapi ia memberi ruang kepada anda untuk menggunakan sebarang produk perawatan. Ia juga tidak menutup kulit kepala dan memastikan rambut anda kekal sihat sepanjang penggunaannya.

Kami mengesyorkan Toppik Hair Nutrition 2-In-1 Capsules bagi anda yang sedang menggunakan Serat Rambut Toppik. Kapsul ini mengandungi vitamin dan zat yang diperlukan oleh rambut untuk melebatkan rambut dan menghentikan masalah keguguran. Ia boleh diambil 2 kali sehari.

Selain itu, gunakanlah ToppikHair Building Shampoo, Toppik Hair Building Conditioner, atau apa-apa produk lain yang anda gemari pada rambut anda. Jangan risau, produk-produk ini tidak akan mempengaruhi Serat Rambut Toppik daripada berfungsi sebaiknya.


Sesuai Untuk Semua, Tiada Kesan Sampingan

Produk ini sesuai untuk setiap peringkat umur, tidak kiralah walaupun anda mempunyai kulit sensitif. Jadi, anda boleh menggunakannya dengan kerap tanpa mendatangkan sebarang kesan sampingan. Mereka yang berumur pun tidak mustahil mendapatkan rambut yang lebat dan sihat, seperti 10 tahun lebih muda.

Produk berteknologi moden ini bebas daripada sebarang bahan kimia yang merbahaya. Keseluruhan rangkaian produk Toppik Malaysa, termasuk Serat Rambut Toppik mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah nombor pendaftaran NOT150302965K.




Rasai Keajaiban Teknologi Dengan Harga Mampu Milik

Revolusi keajaiban produk Toppik telah diperakui oleh para pengguna dari seluruh dunia. Rasai perubahannya hanya dalam 30 saat! Anda mampu melakukan rawatan rambut sendiri di rumah dan menggayakan pelbagai stail rambut yang diidam-idamkan selama ini. Anda juga mampu menyelamatkan kos puluhan ribu ringgit untuk membuat ‘hair transplant’.

Sear Rambut Toppik memberi alternatif yang lebih mudah, selamat, serta hasil seakan-akan rambut sebenar. Harganya pula sangat berbaloi dan mampu dimiliki oleh semua!



Untuk belian, terus ke laman web rasmi kami www.toppikmalaysia.com . Jika anda berhasrat untuk  melihatnya dan mendapatkan nasihat dan rundingan, hubungi agen-agen kami di seluruh Malaysia.
Toppik Malaysia ialah pengedar rasmi jenama Toppik yang diasaskan di Amerika Syarikat. Ramai yan telah memperakui keberkesanannya. Anda bila lagi? Dapatkan hanya yang ‘original’ hari ini!



Comments

  1. Rambut sya pun sllu byk kelumumur ni..kt mna nk cri shampoo ni leeza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. shampoo ni bese ade kat guardian atau watson.. kna tau jenis kulit kepala.. sama ada normal atau ada dandruff..

      Delete
  2. Rambut kakak memang gugur. Kalau sikat dua kali dua kalilah gugur. Sebab itu kena guna sikat yg jarang nak kurangkan gugur.. ini syampoo direct slae atau ada di pharmacy Leez?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie produk himalaya ni ade kat watson dan guardians.. kdg2 gugur sbb ada resdung

      Delete
  3. bole cuba la kalo camni...prob yg sama gak..asik gugur je...kat mane jual shampoo ni yg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat guardian/watson ada.. kwn pun pnh ada kelemumur teruk pastu suggest produk ni, mmg hilang kelemumurnya & dia guna sampai skrg

      Delete
  4. Owh..bagus juge shampoo himalaya...bleh suggest pd hubby...pakai shampoo Clear xclear pun kelemumur nye..tq for da info ye :)

    ReplyDelete
  5. AraLiff, leeza dh guna shampoo ni hmpir 3 tahun.. Mmg kena dgn kulit kepala. Kdg2 kelemumur ni b'punca dr resdung..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Sorry Tiara Rafael.. sis dah lama x berblog.. jamu tu blh dapat kat toko2 jamu..

      Delete
  7. Replies
    1. Ubat tu ada jual di toko2 jamu.. sorry baru reply..

      Delete
  8. Tq akak..saya pun dalam proses pakai syampi ni...baru seminggu saya guna...gatal kepala saya kurang.. Selain tu saya x pakai dah minyak.rambut gel..skang pakai minyak rambut berasakan kelapa....insyaalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..baguslah.. akk pun dah x tukar2 shampoo lain.. setakat ni yang ni je yg serasi dgn akk

      Delete
  9. Rambut gugur

    adalah merupakan masalah yang sering kali di alami oleh dewasa..Antara sebab2 terjadinya masalah seperti ini adalah berkemungkinan di sebabkan oleh tekanan (stress), gaya hidup yg tidak sihat, tidak mengambil nutrisi yang lengkap dlm kehidupan seharian, ataupun kerana hormon yang tidak seimbang yang menyebabkan folikel rambut terjejas dan juga memendekkan fasa aktif rambut..

    malah pencemaran dari luar (bahan2 kimia dari syampoo yang tak sesuai atau pun kepanasan melampau dan kimia yg teruk yg terlibat ketika mewarnakan rambut atau mengubah gaya rambut) juga boleh mengakibatkan kesan keguguran rambut.

    Kejadian rambut gugur ini bukan berlaku dengan sekelip mata tetapi ia akan mengambil masa perlahan2 untuk menjadi semakin teruk..oleh itu langkah pencegahan haruslah di ambil seawal mungkin.Dari segi pemakanan anda boleh mengamalkan supplemen seperti Protin, Zinc, B complex dan Multivitamin. 

    Pun begitu anda juga di sarankan mengamalkan Vivix atau pun suplemen seperti ESP,zinc, VitaleaDari segi luaran...pilihlah produk penjagaan rambut yang betul2 sesuai..Penjagaan rambut Shaklee di sebut Pro Sante Set. Ia mengandungi.Syampu,Perapi dan juga Scalp Treatment.


    Suliana Marsuli @Marsuti
    Shaklee Independent Distributor
    PM/SMS/Watsapp 0108825184
    Emel ummisantalia@gmail.com
    Layari blog www.ummisantalia.blogspot.com
    Facebook www.facebook.com/lieyaikhsan
    Konsultansi percuma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru sy thu produk shaklee ada shampoo, perapi & scalp treatment.. tq untuk penerangan..

      Delete
  10. As salam...mana nak beli ubat resdung tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. sis biasa ke toko2 jamu @ kedai yg jual produk2 keluaran bumiputera..

      Delete
  11. berkesan tak lepas amik tu?saya alami masalah yang sama..hehe...tenkiuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg sy berkesan... sbb mmg ada resdung.. muka jarang ada jerawat tp resdung ni kalo x ambil ubat org kata boleh "makan dlm"..

      Delete
  12. aku pon mempunyai masalah yg sama... nak try cari kat guardian. thanks

    ReplyDelete
  13. Baru beli Syampoo Himalaya dan minyak untuk hair fall kat guardian ptg tadi. Sebelum ni takut tgk rambut yg gugur bila bersyampoo, sikat, ataupun membuka ikatan rambut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yeke.. nti boleh la bereksperimen dgn shampoo baru.. sis mmg x ikat rambut kalo kat rmh & x sikat rambut lps mandi.. bagi rmbut kering sendiri.. bangun pagi baru sikat:)

      Delete
  14. yang nie TRUS Health Ubat Resdung nk beli kat ne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk TRUS Health ni sis beli kat toko jamu..

      Delete
    2. sis sorry tanye lagi...toko jamu tu kt ne?hehe

      Delete
  15. sy guna produk shaklee.
    amik suplement zink dan purifying shampoo.
    sangat membantu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis pernah ambil supplement zink produk shaklee.. mgkin sbb x sesuai dgn sis sbb sis ada resdung.. lps ambil ubat resdung baru rambut kurang gugur..

      Delete
  16. Sesiapa yg ada masalah rambut gugur , resdung, jerawat boleh call/ WA..0194766571..
    sy sedia membantu....

    ReplyDelete
  17. Kakak saya lelaki boleh ke pakai shampoo tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje.. kat watson n guardians byk je shampoo ni..

      Delete
  18. Kak kalau saye try produk resdung lain boleh hilangkan tak parasit domudex . Sye igt nk try Al Taqwa . Pastu nk try jugak shampoo himalaya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk x pasti la sbb pnh tukar satu produk resdung lain tp muka naik jerawat.. last akk guna semula produk TRUS health ni.. mungkin kesan tak sama utk sstngh org..

      Delete
  19. assalam akak, ubat resdung tu hya utk yg ada resdung shj ke ... ?? kalau pakai himalaya tu saje agak2 bkesan tak ? sy takpasti ada resdung atau tidak .. rasanya tak lah kot ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo xde resdung ok la dik.. shampoo ni seswai utk rambut yg ada mslh kelemumur..

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Salam

    Saya ada produk mengatasi keguguran rambut yang terbaik kerana

    1. Produk keluaran tempatan berasaskan herba (tanpa bau herba)
    2. Diiktiraf HALAL dan duanugerahkan sijil Good Manufacturing Product (GMP)
    3. Mempunyai pusat rawatan sendiri di Puchong Utama (sebarang masalah boleh merujuk terus dengan kami)
    4. Harga rawatan dan produk yang sangat munasabah (bawah RM1000 untuk keseluruhan 10 sesi)
    5. Kami hantar terus ke rumah anda (pos)
    6. Testimonial pengguna yang berjaya
    7. Hadiah misteri (sila nyatakan anda mendapat info ini dari blog ini)

    Fifee
    0177020178
    whatsapp 0167450303

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fifee.. share lah produk ini supaya saya boleh buatkan satu entry berkenaan produk ini..
      untuk sebarang urusan boleh emel saya di leezaeelza@gmail.com.
      Tq

      Delete
  22. Yang himalaya cinditioner tu dah xde jual ae kak

    ReplyDelete
  23. Yang himalaya cinditioner tu dah xde jual ae kak

    ReplyDelete
  24. Info yang menarik. Sekadar berkongsi maklumat, baru-baru ini satu kajian yang telah dijalankan di sebuah pusat perubatan di Colombia, Amerika Syarikat telah mendapati akar rambut kita mempunyai sejenis enzim yang dinamakan Janus kinase (JAK) yang boleh merencat pertumbuhan rambut dan menyebabkan rambut gugur. Mereka sedang menguji sejenis ubat yang telah pun diluluskan oleh US Food and Drug Administration (FDA) untuk memastikan ubat ini selamat untuk merencat tindakan aktiviti enzim Janus kinase (JAK).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Dr Akhbar atas perkongsian.. Leeza dah tulis entry berkenaan info ini utk dikongsi bersama readers =)

      Delete
  25. Asalamualaikum kak leeza. Conditioner tu da tade jual lagi at guardian dgn watson la kak.

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum kak..ubat resdung tu mana boleh dapat erk?

    ReplyDelete
  27. kami dari wong medical centre turut menyediakan perubatan untuk masalah rambut gugur. hubungi kami di 0124520077 untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
  28. tny soalan yg sama tp ad yg mls nk scroll komen bca balik. xfhm aku org spesis ni��

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rambut Oh Rambut.. Dan Kebaikan Henna